Wednesday, August 26, 2015

PENGLIBATAN PELBAGAI PIHAK

Assalamulaikum,
Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Post saya yang seterusnya berkaitan dengan batu seremban adalah penglibatan pelbagai pihak dalam mempromosikan permainan ini kepada pihak ramai. 

1. Penglibatan media sosial




Sumber : Facebook


Sumber : Facebook


Sumber : Facebook

2. Penglibatan artis





       Tempat : Pusat Kraftangan Malaysia
          Sumber : Facebook



3. Penglibatan masyarakat






               Sumber : Facebook


 Bersama-samalah kita menjaga permainan tradisional kita daripada lekang dek zaman. Belia khususnya mestilah mempelajari pemainan tradisional yang kita warisi turun-temurun agar tidak pupus begitu sahaja. 



CARA BERMAIN

Kini, saya akan berkongsi pula mengenai cara permainan batu seremban.

Cara menentukan giliran pemain :
  1. Seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah untuk mendapatkan mata sebagai penentuan kepada permainan yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
  2. Cara penimbangan : meletakkan semua buah di atas tapak tangan dan melambungkan ke udara dan disambut ke belakang tapak tangan. 
  3. Kira pungutan mata yang berjaya dipungut oleh semua pemain.

Susunan permainan : 

Buah 1 - kesemua buah diselerakkan, semua buah tidak menyentuh satu satu sama lain          
            - satu buah (ibu) di lambung ke udara  
            - dalam masa yang sama, satu buah di atas lantai harus dikutip
            - proses itu berterusan sehingga semua buah yang berada di atas lantai dikutip

Buah 2 - cara buah 2 sama dengan buah 1
            - akan tetapi, buah  dikutip dengan dua biji serentak, yang bermakna hanya dua kali (2X)                       lambungan buah ibu dilakukan

Buah 3 - buah yang ketiag agak berbeza
            - kutip satu buah dahulu, lambung sehingga dua kali dan pemain kena kutip tiga biji buah                       serentak

Buah 4 - kutip empat biji buah di atas lantai dan pada masa yang sama, pemain hendaklah
               menyambut buah ibu yang telah dilambung

Buah 5 - urutan permainan dari buah 4, sementara dalam tangan tergenggamnya lima biji buah, satu
               buah dilambung, empat biji baki buah di atas lantai dan disambut buah ibu sahaja

Buah 6 - ada perbezaanya, dinamakan buah tukar kerana dua biji buah dijadikan buah ibu
            - ini berlaku apabila satu buah dilambung ke udara maka satu lagi ibu ditukar dengan buah
              lain yang ada di atas lantai sehingga selesai

Buah 7 - mengikut urutan peringkat permainan buah enam
            - dua biji buah yang masih berada di tangan dilambung serentak
            - sementara itu, sebiji buah yang lain dikutip
            - buah ibu disambut dengan kedua-dua belah tangan, sebiji sebelah kanan sebiji sebelah kiri,
              pada yang terakhir dilambungkan dan disambut

Cara mendapat mata

 Sama dengan permulaan menentukan pemain, mata dikira mengikut bilangan biji buah yang dapat      ditimbang. Tetapi, kalau buah yang ditimbang disambut dengan cara mencangkuk, maka mata    dikira satu kali dari jumlah biji buah yang dapat disambut

Cara untuk mengetahui bahawa permainan itu sudah mati :

 Ibu tidak dapat disambut semasa mengutip buah di atas lantai, tangan terkena biji buah yang lain,
 tidak dapat mengutip buah, ibu jatuh semasa bermain atau semasa menimbang buah.
 Seterusnya, permainan diteruskan dengan pemain yang berikutnya.

Di bawah, saya sertakan video mengenai cara bermain batu seremban yang betul :